Sunday 9 April 2017

Majlis Perasmian Pelancaran Blog Rasmi MAKDIS-BADAR SM Sains Johor


Tarikh : 9 April 2017
Masa : 7.30 pagi (Perhimpunan Rasmi Ahad)
Tempat : Dewan Sri Karyawan SM Sains Johor
Perasmi :
Encik Ibrahim Bin Omar
Pengetua
SM Sains Johor

OBJEKTIF :
- Memperkenalkan Blog Rasmi MAKDIS-BADAR kepada warga sekolah.

Laporan :







Dalam usaha menyahut seruan BPSBPSK ini, pada 25hb Mac 2017, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah Sekolah & Badan Dakwah & Rohani atau singkatannya MAKDIS-BADAR, telah melancarkan 2 medium dakwah, yang mensasarkan seluruh warga SM Sains Johor khususnya, dan masyarakat awam amnya.
Medium tersebut ialah :
1. Blog Rasmi MAKDIS-BADAR
2. Penerbitan Risalah Al-Ihsan

Blog Rasmi MAKDIS-BADAR :
- Pengenalan organisasi MAKDIS-BADAR
- Memuat naik aktiviti-aktiviti kerohanian yang telah dijalankan oleh MAKDIS-BADAR
- Prasarana Surau Al-Ihsan
- Pencapaian Panitia Pendidikan Islam dalam peperiksaan PT3, SPM & Peperiksaan dalaman Sekolah.
- Ruangan Karya Kreatif pelajar SMSJ berunsur islami... seperti sajak, puisi, tazkirah, komik & sebagainya.
- Ruangan Cadangan & Penambahbaikan Program Kerohanian di SM Sains Johor
- DLL

Risalah Al-Ihsan
- Penjenamaan semula dari Nur Jumaat
- Diterbitkan seminggu sekali oleh BADAR di bawah pengawasan guru-guru MAKDIS
- Merupakan medium untuk pelajar menghasilkan karya-karya kreatif bercirikan Islam

Selain itu, MAKDIS-BADAR juga telah menjalankan Program Tadarus Al-Quran, yang terbuka kepada semua pelajar muslimin & muslimat SM Sains Johor, untuk memberi peluang kepada mereka mengkhatamkan Al-Quran di bawah bimbingan Guru Muda Al-Quran yang dipilih. Pelajar yang berjaya menghatamkan Al-Quran dari juzuk 1 hingga juzuk 30 akan diberikan Sijil Khatam Al-Quran pada Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment