Surau Al-Ihsan



SURAU AL-IHSAN
SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR

VISI
Menjadikan Surau Al-Ihsan sebagai institusi ibadah, perkembangan ilmu dan pembangunan perpaduan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Johor.

MISI
Memastikan pengurusan surau yang cekap dan berkesan

MATLAMAT
Menjadi sebuah institusi Islam yang tetap berdakwah dan menjadi contoh dalam mengangkat syiar Islam ke arah mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Memberi penekanan yang sewajarnya untuk membentuk sahsiah pelajar daripada terus terkandas ke dalam kancah yang tidak bermoral.

OBJEKTIF
1.      Mentadbir dan mengurus surau secara amanah, telus dan berkesan.
2.       Mengamal, menghayati dan mempertahankan kesucian Islam melalui surau.
3.      Menyemai perasaan muhibbah di antara warga sekolah dan menyemarakkan semangat bekerjasama dan gotong-royong dalam hal kebajikan.
4.      Berusaha untuk memaju pendidikan formal dan kefahaman Agama Islam, membangun ekonomi serta meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan warga sekolah.
5.      Bekerjasama dengan Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dalam melaksanakan aktiviti agama, sosial dan kebajikan.
6.      Menjadikan surau sebagai pusat ibadat, ilmu, dakwah, perpaduan, pembangunan, pengurusan dan kepimipinan.


piagam pelanggan
Dalam usaha menjadikan Surau Al-Ihsan sebagai sebuah institusi yang unggul dalam segenap bidang, maka :
1.      Kami akan memastikan solat berjemaah diadakan pada setiap awal waktu,
2.      Kami akan mengimarahkan surau dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu pelbagai bidang khususnya Aqidah, Fekah, Akhlak, Al-Quran dan Hadis,
3.      Kami akan memastikan surau sebagai tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah,
4.      Kami akan mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dan kebesaran negara.

PERATURAN SURAU

Peraturan Am
Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.
      1.            Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.
      2.            Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
      3.            Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
      4.            Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
      5.            Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-
i.        Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
ii.      Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat.
iii.    Makanan dan minuman.
iv.    Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau.
      6.            Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
      7.            Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
      8.            Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas digunakan.

Peraturan Khas Tatasusila Di Surau
1.                  Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan menutup aurat / bersopan ketika di surau.
2.                  Berwudhuk terlebih dahulu sebelum masuk ke surau.
3.                  Masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri serta berdoa.
4.                  Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
5.                  Duduk dengan keadaan tertib, bersopan serta menghadap kiblat.
6.                  Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau.
7.                  Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
8.                  Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
9.                  Merapatkan saf ketika mendirikan solat.
10.             Menghidupkan budaya memberi salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
11.             Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.
12.             Digalakkan membaca doa sebelum keluar dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

GAMBAR SURAU AL-IHSAN


 Pemandangan luar surau dari sudut tepi
Pemandangan luar surau dari sudut hadapan


Susunan saf yang rapi
Kemudahan papan putih serta rehal untuk pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment