Doa



DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG
(20 APRIL 2017)
ِبسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2016, Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur ke hadrat-Mu kerana telah menganugerahkan pelbagai kecemerlangan kepada sekolah ini, baik dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan pembinaan sahsiah insan. Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu, kerana menganugerahkan kepada kami guru-guru SM Sains Johor yang pengasih dan penyayang, tidak jemu mendidik dan mengasuh kami, membina kami menjadi insan yang kamil, membentuk kami dengan adab dan akhlak Islamiyah yang terpuji, dan membekalkan kepada kami ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan sejagat. Justeru, Kau kurniakanlah kepada guru-guru kami keimanan, ketaqwaan, taufik dan hidayah-Mu. Jadikanlah mereka insan yang tinggi darjatnya di sisi-Mu. Sesungguhnya, kejayaan yang Engkau kurniakan kepada kami pelajar-pelajar sekolah ini adalah berkat kegigihan mereka mencurahkan ilmu kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada kami hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada kami dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada kami dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati pelajar-pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

ِرَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOA SEMPENA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA BALAPAN & PADANG
(2 APRIL 2017)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami bersyukur kepada-Mu atas keizinan-Mu maka kami telah dapat menyempurnakan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR KALI KE-42  tahun 2017 .

Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Perbaikilah urusan agama  kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami , Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ 
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


No comments:

Post a Comment