Saturday 13 May 2017

Bacaan Yasin Untuk Cikgu Esa bin Kasbi

Tarikh : 13 Mei 2017
Masa : 7.45 pm
Tempat : Surau Al-Ihsan

Pihak sekolah bersama-sama mendoakan kesembuhan Cikgu Esa bin Kasbi yang kini dirawat di Hospital Besar Enche Hajah Kalsom, Kluang.

Juga kepada ibu Puan Ana Afzan binti Arshad, Puan Saodah binti Salleh yang kini sedang tenat, dan bapa saudara kepada Puan Zanariah binti Abdol, Allahyarham Mohd Noor bin Mohd Dom yang meninggal dunia pada hari ini.




Monday 8 May 2017

Edaran Risalah Al-Ihsan Edisi 7/2017

Tarikh : 8 Mei 2017
Alhamdulillah, pada malam ini MAKDIS-BADAR SM Sains Johor telah mengedarkan Risalah Al-Ihsan Edisi 7/2017 dengan jayanya ke semua kelas.

Diharapkan medium dakwah melalui tulisan ini akan terus memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.










Thursday 4 May 2017

Majlis Bayan Jemaah Tabligh

Tarikh : 4 Mei 2017
Masa : 7.50 mlm - 8.20 mlm
Tempat : Surau Al-Ihsan SM Sains Johor
Penyampai :
Haji Basery bin Mohamad
Jemaah Tabligh Taman Sri Kluang

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Pelajar memberikan tumpuan semasa majlis ilmu berlangsung.




Wednesday 3 May 2017

Edaran Risalah Al-Ihsan Edisi 6/2017

Tarikh : 3 Mei 2017
Alhamdulillah, pada malam ini MAKDIS-BADAR SM Sains Johor telah mengedarkan Risalah Al-Ihsan Edisi 6/2017 dengan jayanya ke semua kelas.

Diharapkan medium dakwah melalui tulisan ini akan terus memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.





Tuesday 2 May 2017

Program Jalinan SM Sains Sembrong : Ceramah Nisfu Syaaban

Tarikh : 2 Mei 2017
Masa : 7.45 mlm - 8.30 mlm
Tempat : Surau SM Sains Sembrong
Tajuk : Mengharap Keampunan-Mu
Penceramah : Ustaz Zainul Ariff Husaini bin Zainul Fuad

Ustaz Zainul Ariff Dijemput menyampaikan ceramah di Surau SM Sains Sembrong sempena Nisfu Syaaban yang bakal tiba. Majlis turut dihadiri tuan Pengetua SM Sains Sembrong Encik Rijaluddin bin Che Mat, Penolong Kanan dan guru-guru.