Monday, 24 April 2017

Edaran Risalah Al-Ihsan Edisi 5/2017 : Khas Isra' dan Mi'raj

Tarikh : 24 April 2017
Alhamdulillah, pada malam ini MAKDIS-BADAR SM Sains Johor telah mengedarkan Risalah Al-Ihsan Edisi 5/2017 dengan jayanya ke semua kelas.

Diharapkan medium dakwah melalui tulisan ini akan terus memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.













Ceramah Isra Mikraj (Bahagian II)

Tarikh : 24 April 2017
Masa : 7.50-8.30 malam
Tempat : Surau Al-Ihsan

Ceramah Isra Mikraj disampaikan oleh Ustaz Ariff berkisar :
1. Peristiwa sebelum dan sesudah Isra Mikraj
2. Dialog Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s
3. Kewajiban beriman kepada Isra Mikraj Nabi SAW





Sunday, 23 April 2017

Ceramah Isra Mikraj

Tarikh : 23 April 2017
Masa : 7.50-8.30 malam
Tempat : Surau Al-Ihsan

Ceramah Isra Mikraj disampaikan oleh Ustaz Ariff berkisar :
1. Pandangan Ahli Sunnah Wa Jamaah Isra Mikraj berlaku kepada Nabi SAW dalam keadaan sedar dan dengan roh dan jasad
2. Tafsir ayat 1 Surah Al-Isra
3. Hadis berkaitan Isra yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari






Kunjungan Bekas Pelajar SPM 2015

Tarikh : 23 April 2017
Tempat : Bilik Musyrif Surau Al-Ihsan
Masa : 1.45 petang

Ustaz Ariff dikunjungi oleh 2 orang bekas pelajar SPM tahun 2015 yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.
Pelajar tersebut ialah :
1. Khairul Nizam
2. Mohd Adlan

Terima Kasih di atas kunjungan.


Thursday, 20 April 2017

Tazkirah Maghrib : "Open Mic" Siri 2

Tarikh : 20 April 2017
Masa : 8.00 mlm - 9.00 mlm
Tempat : Surau Al-Ihsan SM Sains Johor
Penyertaan : 4 orang pelajar

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Melatih pelajar menyampaikan tazkirah di khalayak umum.
2. Menambah ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada orang lain.
 AMMAR HAFIZ BIN ROSLI (4 SIGNIFIKAN)



 MUHAMMAD NUR SALIHIN BIN MOHD KHUSNI (4 TESLA)


 MUHAMMAD IZZUL AMIR BIN HASBULLAH (3 MUAFAKAT)



 NURUL SALINDA BINTI MUHAMAD JOHARI (2 MATLAMAT)



Sunday, 16 April 2017

Kisah Pemadam dan Pensil


Seronok pulak baca cerita ni..😍
Perbualan antara pemadam dan pensil

📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

📏Kenapa?

✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

📏Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

📏Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

📏Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

📏Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Tanda Nama BADAR 2017

Tarikh : 16 April 2017
Pemimpin BADAR SM Sains Johor menggunakan tanda nama (Nametag) khas BADAR.

Saturday, 15 April 2017

Edaran Risalah Al-Ihsan Edisi 4/2017

Tarikh : 15 April 2017
Alhamdulillah, pada malam ini MAKDIS-BADAR SM Sains Johor telah mengedarkan Risalah Al-Ihsan Edisi 4/2017 dengan jayanya ke semua kelas.

Diharapkan medium dakwah melalui tulisan ini akan terus memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.